Aku tak faham betul lah dengan seorang ni, nak kata waras tapi perilakunya macam tak waras. Nak kata tak waras tapi dia masih boleh diberi tugas-tugas mudah. Tapi itupon banyak sangat lagaknya, Takutkan aku dengan lagak-lagak samseng.....polis....argghhh!. Kalau di layan perangai tu memang aku pulak yang dikatakan tak betul. So baik aku simpan dalam journal ni. Journal ni memang utk di baca bukannya ada hal-hal perlu disorok.Siap dia boleh war warkan aku tulis journal ni kat sekumpulan manusia. Aku tak faham la dengan perangai manusia Melayu yang tertutup minda ni.Akal cetek gila. Aku doa la sangat dia tu tuhan bukak kan minda dia, bercakap pon baik-baik, tak menengking mcm tak hormat orang. Kesian sungguh aku tengok. Kalau boleh nak kecoh seluruh dunia pasal aku kena raba dalam bus, Webster la itu la ini la dia tak fikir ke muka tu pon dah mencermin kan perangai dia yang tak hormat orang lain. Oklah....Setakat tumbuk orang dia nak berlagak mcm la aku ni tak pernah tumbuk orang. Ingat aku kecik aku takda akal ke! |
2003
Sabtu ni last aku melepak dengan bergayanya sebab lepas ni aku sibuk bekerja balik. Stress gile. Dengan kelas British C. yang aku ponteng lagik. Tapi kelas guitar aku tak ponteng lah kan. Mahal tu bayar. Maunya nak monteng. Ari tu cikgu guitar aku ckp aku cepat pick-up. Perggh. aku ingatkan aku slow gila. Nasib baik.
Bulan Depan nak attend kelas linux pulak. Kelas mlm ajek. Kena asah skill skill akuni takut berkarat takke mampus nanti kena gelak dek Farid dan fadli. Smlm aku pegi beli Digital camera kat Low yat. So lepas ni bleh aku simpan koleksi jalan -jalan aku kat dalam PC. Harga kira OK la...mampu lagi aku tak perlu nak makan pasir lg.
22 Mei -03: Perggh kitorang (Aku, Farid , Fadli ) try buat coconut shake kat umah aku Gila punya sedap. Habis 3 bijik kelapa licin gila. Puas hati lah dapat mentedarah air tu + Mee Sup yang aku buat pon licin habis. lagi diorang tak nak puji kesedapan masakan aku. Ekle.....Berlagak betul aku. Aku time takde kelas ni boleh la rayau sakan, tp dah nak start kelas nanti mampos tak leh jalan dah...Argghh stress kepala.
15 Mei -03: Feeda Call dari Dublin sebab dia ada masalah kewangan la pulak. Aku yang stress pikir pasal dia takde dwet kat sana.. arggh apa la aku bleh tolon feeda oi..Bagi motivasi jarak jauh ajek la. Kan aku dah ckp susah cr keje kat sana. Ko degil. Tapi rezeki ada dimana mana. OK....Penting skali. Kena fikir waras. Pandai bawak diri sudah.
20 Mei-03: Lokasi Genting bersama rakan taulan aku(Fadli dan Farid) Jam : 7.30 mlm selepas maghrib. Berangkat ke Genting dengan tujuan dah bosan rayau KL. Sampai 9.00mlm kat atas bukit. Pergghhh best gila malam-malam lepak atas tu. Sejuk jgn nak ckpla. Minyak aku yg kena tuang.Stress...Balik pukul : 12.00 tgh malam. Puas hati gila aku dapat makan nasi kat atas tu. Kitorang rayau sakan atas bukit tu. Borak-borak lah. Bekalan makan (nasi sebungkus + air Oren ). Kongsi lak tu. punya lah miskin gile masa tu. Best!
19
Mei -03: Lokasi Port Dickson Bersama rakan taulan (Syukri, Fadli,
Farid) Jam: 3.00 ptg: Sampai dalam pukul 6.30 ptg. Pergghhh penat gila
dah la pakai Kancil. Macam hampeh kerete auto lak tu. Tapi yg penting jimat
minyak. Kah! Kitorang dah menjadi kawan baik yang kuat merayau. tapi semua ni memang boleh diharap. Susah nak dpt
kwn baik mcm kitorang ni. Selagi salah sorang tak bernikah itu lah keje
kitorang asyik merayau ajek.
25 Mac -03: Perang Iraq. perlu ke aku mengulas lanjut tentang ini? Apa diorang ni dah di rasuk syaitan apa!. Aku berdoa, "Berilah kemenangan kepada manusia yang beriman kepada Allah Taala. Aku yakin tuhan hanya ingin menguji sejauh mana manusia beriman kepadaNya. "
14 Feb -03: Feeda my best friend dah pergi fly study kat Dublin, Ireland. Aku tumpang happy untuk dia. Setahun dia belajarLCCA kat sana dan maybe dia nak cari kerja kat sana. Personally aku cakap, Feeda memang kawan yang baik. Tak kira apapon dia akan tetap ingat kawan. Kecuali kawan yang menyusahkan dia macam Che'En.So sekarang aku dah takde kawan nak melepak kat kedai makan. Bagi aku Feeda memang cukup tabah nak pergi belajar kat sana dalam keadaan tak menentuni. Aku betul-betul respek dia. Moga Allah taala murahkan rezeki dia dan rezeki aku. Amin.
1 Jan -03: Jadi aku sekarang dah 26 tahun. Apa ada pada umur. Harap aku tak membuatkan tahun 2003 ni tahun yang memboringkan. Aku bahasakan diri aku " AKU" boleh lah. Harap pembaca tidak menganggap aku berubah. Tapi perubahan perlu dalan hidup seseorang. Perubahan yang lebih baik.
2002
28-Dec-02: Aku teringin sangat nak jumpa Yinching(YIN). Dah lama tak jumpa kawan aku tu. Paling last dapat kad raya dia. Tapi aku tahu dia still dekat Imperial College UK. Aku harap sangat dia belajar betul-betul. Agaknya dia baca tak mesej aku ni. Yin e-mail aku da....mana ko pegi da.
7 -Dec-02: Saya kena pergi Uitm untuk tunda belajar. Tunda untuk satu semester lagi, kena denda 50 inggit, Aku tunda pon kerana banyak sebab satunya aku nak tunggu kawan Aku, As untuk belajar sama. Bukan apa kalau ada kawan belajar tu kira senang sikitlah. Nak buat projek berkumpulan tu kira serasi sikit.Aku nak score gila-gila punya. macam biasa lah.
6-Decv-02: Saya dengar cerita budak-budak SM Teknik KL (1993/94) NAK BUAT REUNION: lagipon saya ada dapat surat dari Asrul yang nak updatekan database alamat budak-budak TIKL. Dah 10 tahun jugak kitorang keluar dari sekolah tu. Mesti banyak cerita kalau kitorang jumpa. tapi diorang tu mesti gelak sakan kalau saya cerita saya jd tutor kat KYPMKL ni. Erm..so saya ingatsaya nak gebang keje programmer jele. Satu sebab diorang akan gelakkan saya kerana saya ni antara budak nakal kat sekolah tu. Tapi saya rasa macam baik dan penyayang aje. takat kena jumpa Pengetua tu jarang aje berlaku. Ramai lagi budak-budak nakal kat TIKL tu. So memangsaya dikalangan baik la weh.
5-Dec-02: Hari raya IdulFitri jatuh pada hari ini, Jumaat. Seperti biasa hari yang ditunggu untuk aku makan semua yang sedap-sedap. Nenek aku masak memang first class la. Sebab tu aku pandai masak juga. Kalau dah keturunan pandai masak tu biasa la. keh! Tahun ni aku kena bagi duit raya. Kalau dulu boleh la aku berseronok dapat duit raya. tapi sekarang giliran aku pulak yang memberi / bersedekah latu. lagipon tahun ni saya pergi bayar sendiri duit fitrah saya. Kira bersyukurlah kerana aku bayar fitrah bukan dapat fitrah.
2-Dec-02: Mimi di suspek demam denggi. Bahaya boleh bawa maut demamtu. Tapi dia dah ok lah masuk hospital selayang dalam 4 hari kemudian boleh keluar. Malam sebelum raya suruh saya ambik kat hospital. Kah aku ingatkan dia nak kena raya kat situ. tapi syukur aku tak penah lagi masuk hospital. Paling kuat pon aku sakit hidung sebab alergi HABUK. Kiranya akuni stamina kuat la. Tapi tak taula lambat laun. Jaga kesihatan, bykkan minum air dah lah.
26-Nov-02: Azlan Ali, kwn aku masa belajar di Sekolah Teknik KL call. lama juga aku tak jumpa dia. Kira 5 tahun la jugak. Rasanya surut tak bentuk badan dia yek!. Dia nak kawin 22/dec ni. So aku mesti nak datang punya. sebab dialah kawan saya belajar yang kira macam abang aku jugak la.saya penah tarik kerusi dia masa dlm kelas dulu. tergolek macam badak tersungkur. Tapi lepastu kena kejar lah dengan Lan. Aku panggil dia Lan Boroi sebab sessuai lakan. lagipon dia panggil saya webster tak sesuai langsung. tapi aku tak bengang pon.
13 Nov-02: Aku dah balik ke Kuala lumpur dari Pangkor island. Penat dan seronok. Macam-macam aktiviti yang aku buat ; berenang, menaiki basikal 9 KM, berkenu, menaiki bot dan juga snorkling . dan macam-macam. Aku sedang menyiapkan journal tentangnya.
01 Nov-02: Aku akan bertolak ke pangkor hari ini, Segala persiapan telah aku buat.Aku akan pergi Sehingga 3/ Nov/2002 bersama dengan kawan baik aku Rafidah Ismail. saya akan menyiapkan journal pendek tentang perjalanan ke Pangkor. Tunggu akan journal bertajuk " Little Journey To Pangkor Island" yang akan aku publish kan pada Desember depan. Harap begitu lah. Cuma peruntukan duit dan masa takda lagi untuk publishkan.
31 Oct-02: Aku pergi ke Uitm Shah Alam untuk menghantar Borang TPM. Pada mulanya aku dah buat temujanji dengan dekan di Inovasi untuk mengambil cop pengesahan. Pagi-pagi buta aku dah terpacak di Tangga Bangunan Inovasi. Tapi dia ada mesyuarat dan aku terpaksa tunggu sehingga pukul 12.30 tengahari. Pastu aku ambil keputusan untuk berjalan kaki ke Surau Uitm yang jaraknya boleh tahan jauh. Tujuan aku untuk melepak sementara menunggu dekan datang semula ke pejabatnya selepas makan tengahari. Kemudian dalam pikul 2.00 petang aku patah balik ke bangunan inovasi dengan berjalan kaki semula. Aku terpaksa juga menunggu dalam 15 minit di pejabat itu. Kemudian dia pun datang dansaya hanya mengambil masa 5 minit untuk mendapatkan cop kemudian aku dalam keadaan hujan renyai-renyai pergi ke pejabat Pendaftar Uitm untuk menghantar borang. Selepas aku hantar sahaja saya berselisih dengan seorang kakak yang kebetulan juga menghulur borang ke dalam kotak yang disediakan. Dengan muka tak malu saya bertanya dia boleh tak dia tumpangkan aku ke sesyen 2. Kerana baik hati dia atau kerana terpaksa terpaksa lah juga dia tumpangkan aku . Kah!...punya lah selamba aku masa tu. Tapi aku tahu dia ikhlas. Kami berborak sebentar. Dia bekerja di politeknik Shah Alam.
16 Oct -02: Hasniah nak join pergi Langkawi. So 3 orang dah confirm nak pergi. Mungkin kami nak pergi Penang kemudian Langkawi dan Kedah kemudian balik KL sebelum Depavali day. Keputusan diketahui minggu hadapan. Esok perlu check in di Impiana Hotel KL untuk centralize marking bagi paper UPM. Esok juga Mimi (adik) aku konvo di Uitm. Tahniah Mimi.
12 Oct -02: Rafeeda, my best friend nak jumpa aku berbincang tentang Le Tour D Langkawi pada 1-3 Nov. Jika tak ada aral melintang projek tu tetap jalan. Sambil tu kitorang pon tunggu canno di KLCC yang katanya nak datang untuk bagi borang belajar. Sambil tunggusaya dan Feeda gi makan di foodcourt. Biasalah hari minggu orang berduyun-duyun kat sini. Best juga dapat tengok ragam orang. Ada satu group makwe tu, semua pakai baju belang. Ada juga mat punk. Bosan.
19 Sept -02: Aku dan As menjadi pengawas peperiksaan pelajar-pelajar program UPM dan yang pentingnya jaga exam yang dapat elaun. 3 hari(Jumaat-Ahad). Time jaga tu biasa lah rasa macam bosan dicampurkan dengan lemau didalam dewan. Erk!!. Elaun tu tak tahulah bila dapat. Jangan bermimpilah dapat elaun serta merta.
15 Sept -02: Bulan ini aku dapat tawaran menjadi pengawas peperiksaan bagi pelajar PJJ/UPM. Yang seronoknya aku dapat sehari : RM100 ringgit, Jaga 3 hari dapatlah RM300. Cukup lumayan bagi aku yang perlukan duit untuk bayar bil yang tertunggak.
14 Sept - Seminar Penulisan anjuran Jabatan Matematik KYPMKL: Ia memberi pendedahan kepada kakitangan akademik untuk memahami lebih mendalam tentang penulisan thesis.
19 July-02: Sekarang aku kerja di Kolej swasta. Jadi tutor di situ, mengajar IT. Kerja tak adalah tekanan. itu yang aku nakkan. Sambil tu aku cuba minta sambung belajar di Uitm. Harap-harap dapatlah. Memanglah aku ni kalau dilihat bukannya ada gaya seorang tutor. Tapi aku tahu yang aku ada kemahiran untuk mengajar. Bukan semua orang boleh menarik minat pelajar untuk mendengar dan memahami apa yang di ajar. Aku kat opis tu rapat dengan Ijat, Ann, As, dan Ijan. Ann dan ijat bekas pelajar Uitm juga tapi mengajar dalam bidang yang aku paling menyampah iaitu account. Ijan pulak bekas pelajar USM Tapi As lak dia X student UTM dan mengajar IT seperti aku .
19 Jan-02:Aku dah berhenti kerja kat company di Subang Jaya tu. Aku nak cuba jadi cikgu pula. Dapat pula mengajar di Sek Men kat kawasan kampung saya duduk. Mengajar Sains dan Geografi. Sebenarnya aku hanya cuba-cuba telefon di sekolah tu tanyakan samada mereka perlukan cikgu ganti. Dah kebetulan ada cikgu minta cuti kecemasan 4 bulan dan mula lah aku kerja di sekolah tu. Masa tu memang rasa dirini sesuai menjadi cikgu. Mungkin memang minat aku nak mengajar. Sambil tu juga cuba-cuba juga minta kerja di kolej-kolej, termasuk kolej cosmopoint dan Kolej YPM.
2001
19-Nov-01: Aku tak pernah makan tengahari kat office tu. Yang pertama nya sebab kawasan cina, so tak tahulah halal. Sepanjang kerja kat situ aku makan kat KL. Itu pon dah petang pukul 6.30 petang baru nak makan tengahari. Kiranya. rasa jugalah tekanan susahnya mencari rezeki sendiri. barulah rasa sedar dalam diri ini.
19-Oct-01: Aku dah dapat kerja lah. Sebagai IT Executive di sebuahcompany biasa. Cuma masalah nya terlalu jauh dari rumah Aku. kat selayang. Lagipon aku rasa tidak seronok kerja di situ. Tapi aku sempatlah habiskan buat 1 projek untuk syarikat tu. Buat website company tulah.
11-Sept-01: WTC, NY runtuh . History begin to US people. Aku masa tu dekat sebuah hotel di Kuantan. Tengah Le tour la kan. Memang time tu berita kat TV asyik mengulangkan peristiwa WTC tu runtuh. Surat khabar pula laku macam keropok lekor goreng. Itulah isu paling hangat.
19-Aug-01:Sedang mencari pekerjaan tetap. Bengang sungguh la sebab zaman saya tengah nak cari kerja ni mula nak gawat. Tapi aku tak akan lemah semangatlah. Yang penting kena usaha insyaallah semuanya ok.
19-Jul-01: Abang sulung aku akan melangsungkan perkahwinannya dengan orang Masjid Tanah. Tahniah kepada Ijai.
Kawin News
04 -Mei
-03: My friend TIKL:Jannah: Kawin
22-Dec-02:
My
friend TIKL: Azlan Ali Boroi: Kawin
07-Sept-02:
My
Bros: Mohd Ikhwan:bertunang.
31-Macl-02:
My
friend Uitm Jengka: Norliza haji Othman : Kawin
23-Dec-01:
My
friend TIKL: Faridah Hanim Musa: Kawin
19-Jul-01:
My
Bros: Mohd Faridzaruddin: Kawin.
LA LE TOUR News
11
Dec 2002: Bukit Merah, Malaysia
1-3 Nov
2002: Pangkor, Malaysia
Aougust
2002:Genting, Pahang, malaysia
Oct 2001:
Port
Dickson , Malaysia
Sept
2001: Kuantan,Pahang, Malaysia
July
2001:Melaka, Masjid Tanah
Sept
1999:Taman Negara, Pahang